Hye ..ari nie nak kongsi cerite sket..hehe ..jom bace .. Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi.
Rindu bila berjauhan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika pasangan itu dipisahkan dengan jarak yang jauh. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil melainkan kita sanggup mengabaikan tugasan semata-mata untuk melepaskan rindu. Cinta jarak jauh ini banyak dialami oleh mereka yang bekerja atau pelajar yang bercinta dengan pasangan yang bekerja atau belajar berlainan tempat.
Atas sebab-sebab ini, mereka terpaksa berkorban demi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Perasaan rindu itu akan lebih menebal sekiranya pasangan itu sudah berkahwin. Lagi-lagi buat mereka yang baru sahaja berkahwin tetapi terpaksa berjauhan kerana urusan kerja ataupun melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih jauh.
Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengubat rindu yang terbuku di dalam hati ini. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengubat rindu.
Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.
Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.
Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.
Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita.
Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.
Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.
Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti diatas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti diatas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia.
2 comments:
datang folo dari link fb atikah aula (^___^)
nice tips...sesuai untuk kite yang dekat ni jugak,tp kesibukan hidup sbg student membataskan masa bersama.sobs sobs,
Post a Comment