Pengumuman keputusan peperiksaan MUET

Assalamualaikum & selamat petang :)


First ana nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W , 
Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad. Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad. 

Ana nak kongsikan dengan anda semua tentang keputusan peperiksaan MUET. Sumber ni ana dapat daripada akhbar berita harian hari ini. Selasa, 14 Januari 2014.


Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi November 2013 akan diumumkan pada Khamis ini,


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berkata, semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan terbabit di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing mulai jam 10 pagi.

Manakala calon persendirian akan memperoleh keputusan melalui pos. 

Keputusan peperiksaan berkenaan boleh disemak oleh pelajar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUETRESULTNo.Kad Pengenalan> dan hantar kepada 15888 bermula jam 12.01 tengah malam Rabu atau melayari portal MPM, http://mpm.edu.my mulai jam 9 pagi pada Khamis ini,



Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka , boleh membuat rayuan penyemakan semula dengan bayaran RM 70. Tarikh tutup rayuan semakan semula adalah pada 27 Januari.


Pendaftaran MUET bagi Sesi Julai 2014 akan dibuka bermula 16 Januari hingga 17 Mac 2014.


Sekian,,terima kasih.



Sumber: Berita Harian

2 comments:

Anonymous said...

nak tanya, kita x blh retake in March?

| CIKZEK | said...

salam maulidur rasul jugak =)