Spm is over


Assalamualaikum semua,

RABU , 28 November 2012 , Alhamdulillah aku dan  semua sahabat-sahabat aku telah selesai menjawab kertas akhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu kertas Prinsip Perakaunan. Syukur sebab soalan tak susah mane pun dan dapat jawab dengan sepenuhnya. Masa hari nie panjang exam start pukul 11.15 pagi untuk kertas 1 dan untuk kertas 2 pula start pukul 2 hingga pukul 4.30 petang.

 Pagi tu sebelum exam start kan ada masa free sikit jadi cikgu kami ambil kesempatan untuk buat kelas tambahan sikit ,sebelum nie dah buat dah tapi untuk lebih ingat lagi sebelum nak masuk dewan exam. Alhamdulillah segala ilmu dan teknik-teknik yang cikgu kami berikan selama ini telah kami kerah habis-habisan hari ini di atas sebuah kertas putih yang dikenali sebagai buku jawapan.

Tidak  lupa hari nie juga merupakan hari terakhir kami berada di sekolah, hari terakhir bersama kawan-kawan, hari terakhir bersama Cikgu Suhaimi dan hari terakhir melihat ketua pengawas yang hensem tu hahaha…, ape lah kau nie umira.! Dan hari terakhir ni juga aku kene simbah tepung aduhai ape lah nasib ni semua kerje Syamim tak pasal-pasal aku dapat bedak muke free siap kau Syamim ! see you next year.

Selama  berminggu-minggu kami lalui saat genting mengharungi cabaran-cabaran semasa  di dalam dewan peperiksaan , sekarang inilah masanya  yang di tunggu-tunggu oleh budak-budak 5C dan akhirnye bebas dari cengkaman kertas putih berdakwat hitam (naik jemu dah tengok kertas-kertas nie :D ). Yeah SPM is over ! .


Selame 5 tahun kami berada di SMKPA dan sekarang sudah tiba masanya kami meninggalkan sekolah dan cikgu-cikgu yang mengajar kami dan kawan-kawan selama belajar di SMKPA semuanya akan tinggal kenangan . After this, semuanye akan berubah kawan-kawan pun bawa haluan sendiri. Ade yang nak kerje ade yang tak nak kerje nak duduk rumah je kan hmm macam-macam lagi lah. Aku nie nak buat ape entah nanti duduk kat rumah ni ! orang lain semua ade job , aku nie ? job jadi ahli bina badan la nampaknya  nanti ..hehe. ape –ape pun aku mesti rindu giler  korang  nanti.

Memang berat rasanya untuk kaki ini melangkah keluar daripada SMKPA kalau boleh tak nak balik. Bak kata Ally Axl “ andai dapat ku undurkan masa ” akan aku putar habis-habisan supaya masa kami bersama nie takkan habis tapi kita tak boleh melawan takdir semuanya ketentuan ilahi .

Aku bersyukur sangat sebab selama 5 tahun aku berada di SMKPA nie aku dianugerahkan dengan semua kawan-kawan yang baik-baik dan  cikgu-cikgu yang sporting. Tahun 2012 ni adalah tahun yang paling bahagia kot ! sebab ? nak tahu kenapa ! sebab tahun 2012 nie banyak sangat kenangan-kenangan manis antara aku dengan kawan-kawan aku.  Aku suka sangat bila datang sekolah sebab bile datang sekolah aku rasa happy, tenang tengok kawan-kawan aku dan guru kelas kami yang sangat-sangat comel tu lagi sporting Cikgu Noreen bt Naqab nama diberi. Orangnya manis dan senyumannya sangatlah menawan, saya suka senyuman itu wahai cikguku,(hehe J) kerana senyuman itu menarik mulut aku untuk senyum juga...hehe. korang tahu tak sebenarnya senyuman tu adalah satu penyakit yang berjangkit. Kenape ?? sebab bila kita senyum orang lain pun akan tertarik untuk senyum jugak kan ! haa kan da berjangkit tu..huhu  .Aku bile time ade masalah dan bile datang sekolah masalah aku jadi hilang begitu sahaja tanpa diusir tanpa dihalau. Di sekolah aku boleh bergurau senda dengan kawan-kawan aku dan dengan itulah yang membuatkan masalah aku hilang dengan sendirinya tanpa diusir.

Dalam kelas orang yang boleh membuatkan kami semua happy Aizad, Shamim la kot . Aizad sekali senyum semangat sampai nampak gigi rahang . Shamim pula dengan lawak gila-gila dia tu..kadang-kadang lawak kadang tak . haha 131gif.gif .Tapi aku belum puas luangkan masa-masa aku bersama kawan-kawan aku . Aku inginkan masa-masa manis ini berterusan.

 Aku rindu cikgu addmath. Dulu kitaorang selalu gaduh. Gaduh ke ?? hehe. tak la gaduh mane pun kan .. gaduh kecik2 je tu pun Gaduh sebab masa subjek addmath dengan sejarah. Ye la kan , mana tak gaduhnya bila masa addmath tiba kebanyakan budak-budak 5C akan mengeluh ( tidak termasuk aku J ) tapi aku suka. Nak tahu kenape ?? sebab aku dapat gelaran Guru Muda Addmath , dan subjek addmath kan boleh tahan susah jugak la dan kadang-kadang tak siap homework yang diberikan sebab tu la diorang mengeluh. 

Aku suka masa addmath sebab aku memang suka mengira pun dan yang paling aku suka bila tengok kawan-kawan aku yang dalam kegelisahan apabila bibir cute cikgu Wan Khaliza mula menyebut hmm.. cikgu nak tanye lah sorang “, haa…diorang dah mula gelisah dah, lagi-lagi membe aku dua orang nie Mrs. Capital A  dan Mrs. Capital Y yang memang anti dengar perkataan tu kan kawan- kawan ! aku suka sangat masa ni, masa nie kawan-kawan aku akan bergegas mencari jawapan daripada kawan –kawan lain..huhu kan2 betol tak ?? jangan marah ye kawan –kawan.

Tapi lain pulak bila tiba masa subjek sejarah aku pulak yang mengeluh, aku pulak yang gelisah,dan  aku pulak yang bergegas cari jawapan daripada kawan-kawan yang lain apabila ditanya but yang lain ok je.  Macam tu lah sehari – hari  kehidupan kami selama bergelar student.
Dah  puas dah aku bercerita sekarang aku sertakan gambar-gambar kenangan buat tatapan korang semua .

Gambar ni masa kitaorang sambut befday mama kami.


Gambar ni pulak masa sehari sebelum exam SPM .. baru lepas nangis belake doh nie ..huh                     (Aku steady je J)


Bersama Cikgu Suhaimi (aku xde L )



Haa..tengok kan menawan tu senyuman mama. Terpegun tak ?? J



Amboii..semangatnye dye J


Ok lah . setakat nie dulu . Kepada kawan-kawan ku ingatlah  :
Di  SMKPA kita berjumpa,
Di  SMKPA kita ketawa,
Di  SMKPA kita berduka,
Di  SMKPA kita belajar,
Di  SMKPA  kita telah menjadi kawan,
Di  SMKPA kita lepak sama-sama,
Di  SMKPA kita  makan sama-sama,
Di  SMKPA kita berjuang sama-sama untuk Berjaya,
Semuanya  di  SMKPA,
Dan di SMKPA kita  berpisah.
Berpisah  mata tapi bukan berpisah hati
Kita  tetap sahabat selamanya. Aku merinduimu wahai sahabat-sahabatku . See U di IPT. Assalamualaikum .


FATIN UMIRA

No comments: