Bismillahirahmanirahim. . .
alhamdulillah masih berkesempatan mengupdate blog sendu ni setelah sekian lama. . . hihi
hari ni nak share sikit pasal aku dapat tawaran sambung belajar vto ciast di kampus satelit ciast ilp-marang. ya allah mende ni lame dah kot aku tunggu-tunggu. . perasaan tu hanya Allah je yang tahu .
okay ceritanya begini. . .
waktu tu aku sibuk duk buat kerja..tengah sibuk duk jahit baju korporat jahitan projek pukal pastu kawan aku erna tu dye panggil aku cikgu hantar wasap katanya... masa tu aku memang excited la weh... sebab aku fikir pasal pengambilan wardrobe tu sebab yang tu memang dah lama aku tunggu-tunggu sejak belajar skm 3 lagi. rupa-rupanya pasal pengambilan vto intake september katanya. berbelah bahagi jugak perasaan aku mase tu sebabnya vto ni salah satu wishlist aku selepas habis skm3 rasanya nak ke tak nak bermain dengan perasaan mase tu. . . . .
pastu esokkan nya aku duk nengung,duk fikir-fikir 2,3 hari jugaklah aku duk nengung saja. dah puas aku fikir panjang aku try hantar email kat ketua penyelaras ciast puan fardila. saja je try hantar tak letak harapan penuh pun..pastu dalam dua atau tiga hari aku dapat call dari no pejabat(dalam hati aku fikir scammer..haha) aku pun tak pasti tapi aku tak sempat angkat sebab masa tu aku tengah sibuk niaga dengan ayah aku... tengah sibuk lah dye nak call. huhu.
tapi mase tu aku dah agak dah pejabat ciast yang call tapi tak sempat angkat so aku fikir memang dah takde harapan. so aku pulang dengan rasa yang kecewa...harharhar..
sampai rumah belek-belek fon tengok ade sampai mesej ni...
" Assalamualaikum dan salam sejahtera,
fatin saya pn Azie dri csc-ilpmrg terengganu
nak jemput mai temuduga esok boleh x
untuk kemasukan vto sesi september 2019
jam 1000 pagi
awak boleh bawak sijil2 awk semua
salinan pihak kami dah ada
pakaian formal"
ya allah speechless aku bila baca mesej ni . tak tahu nak cakap ape. Aku diamkan kan dulu hal ni tak bagitau lagi kat ma & abah aku.
tunggu petang sikit baru aku ambil masa dengan ayah aku bincang hal ni.
Aku sebak !! aku tak taulah ape kene dengan aku ni,berita gembira ni sepatutnya aku happylah kan, ni tak rabak air mata aku... cengeng eh ateng.... sikit-sikit nak nangis...mudah je air mata ni mengalir tau.
dalam fikiran aku mase tu bercampur baur..sebab apa yang aku fikir sekarang soal banyak nak kene jaga hati. Hati yang banyak berjasa pada aku, aku tak sanggup.
Terutama majikan aku. Majikan aku sangat-sangat harapkan aku untuk handle kat bengkel jahit tu, walaupun aku kerja baru 1 tahun tanggungjawab ni pon aku rasa berat dah . Ni kan pulak aku nak tinggalkan segala kerja aku... Allahu dugaan sungguh ni.
sambung nanti lah...aku nak nangis jap ..

No comments:
Post a Comment