Assalamualaikum w.b.t . . .
Hai semua , alhamdulillah aku kembali berblog hehe.hari ni aku nak share sikit pengalaman aku ambil lesen kereta. Sebenarnya dah lama dah aku peram nak buat lesen kereta ni dari zaman aku habis SPM lagi tapi sebab aku kekurangan duit time tu so terpaksalah aku peram...hahh tak lama jugaklah dalam 7 tahun.Kalau ikutkan boleh je nak buat mak ayah aku support tapi aku taknak sebab aku dah niat dalam hati aku nak buat lesen ni guna duit aku hasil titik peluh aku sendiri.
Alhamdulillah tahun 2018 aku dapat teruskan niat aku.Aku kerja sikit-sikit tolong ayah aku kat kedai makan dapatlah aku menabung buat tampung aku nak bayar buat lesen nanti kan.Tapi siapa sangka perancangan Allah lagi hebat. Mashaallah, Allahuakhbar. Aku rasa nak nangis beb ! terharuu.. hahaha, cengenglahh...malam sebelum aku masuk kelas KPP 1 abah aku panggil..aku fikir abah aku nak bagi lah duit yang aku simpan hari-hari aku kerja dengan dia tu...rupanya..Aku terkejut !! abah hulur bungkusan kertas(duitlah dalam tu). Aku tanya kenapa tak bagi duit yang aku simpan tu? abah taknak cakap banyak dia suruh ambil je....Aku rabak dah ni cuma aku tahan je..sebenarnya abah aku hadiahkan aku duit untuk buat lesen sempena hari lahir aku 21 November 2018. Allahuakhbar.. Sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat. Terima kasih Allah, Terima kasih abah .
ni haa bungkusan hadiah tu. kertas kuning tu list harga kelas
kereta bahagian I,II,III.
okay habis dah bahagian tu. sekarang teruskan dengan lesen...
PART 1
okay sebelum aku masuk kelas aku survey dulu, aku pergi ke pejabat BBDA and then aku jumpa en.hashim kebetulan abah aku kenal en.hashim tu so dia lah terangkan semua dari segi harga. Total harga semua RM899 tak termasuk test card L. Oh lupa mesti korang tertanya-tanya BBDA tu apa ek ? kat mana ek ? kan ? ehehe.. Okay BBDA ni short form kepada BATU BUROK DRIVING ACADEMY,lokasi di KUALA TERENGGANU.Test card L tu kene bayar asing tapi aku tak pasti waktu bila rasanya time nak lulus L tu kot kat JPJ. Lepas selesai semua aku dengar penerangan en.hashim dia bagi satu paper untuk booking kelas KPP kelas ceramah tu lah.Aku tak fikir panjang terus booking ahh...hahaha tak menyabor eh!! tarikh terdekat 24/11/2018-SABTU.Kalau tak booking nanti lagi lambatlah prosesnya(dalam fikiran aku).
24 November 2018
Pagi sebelum ke BBDA aku stay kat kedai ayah aku dulu memang rutin aku dah hari-hari.Kelas start pkol 8a.m-4p.m(dalam paper booking tu tulis)so aku gerak dalam pukul 7.45 pagi sebab aku takut aku terlewat aku ni kalau rushing satu hari tu memang aku tak fokus. Sampai je aku kat sana..omaigad cuak wehhh dah la aku sorang takde kawan. Kalau ade kawan rasa cuak tu kurang la sikit kan!! aku bawak diri je sorang-sorang.. hahaha. Sesampai je kat sana aku terus masuk pejabat tuju kat kaunter hulur kad pengenalan. Aku kemain lagi ingatkan aku dah memang lewat rupenye takde orang datang daftar lagi weh...aku orang first nama pulak atas sekali dalam list..haha. Ni betul-betul semangat ni.Selesai buat bayaran pertama "abang kaunter" tu bagi aku bag sekali dengan buku panduan dalam tu lepas tu dia suruh masuk dewan kuliah 2 pukul 8.30 pagi. Aku pun berlalu lah sorang diri.Oh lupa aku kene cop jari dahulu baru buat bayaran.Jam 8.30pagi masuklah aku dalam dewan tu lepas tu tunggu lagi sampai pukul 9.30 pagi barulah penceramah datang. Sebelum mula ada satu borang aku kene isi borang tu borang booking untuk kelas ujian komputer. Aku ambil tarikh terdekat iaitu 28/11/2018-RABU.Setelah selesai slot 1 waktu rehat aku balik rumah pukul 2 pulak masuk untuk slot 2 sampai pukul 4.Lepas selesai kelas tak boleh balik lagi kene cop jari sekali lagi lepas tu dapat resit bayaran and dah boleh balik tidooo..huhuhu.

28 November 2018
Hari yang dinanti sudah tiba..haha.Bajet lulus la tu kalau tak lulus melopong haa..ready ulangan RM30 jee..heee.Cuak gak aku ni yelah lame dah tinggal exam macam nak SPM pulak rasa(over la perasaan ni..haha).Kebetulan pagi tu aku nak pergi hujan lebat wehh.Rasanya lewat aku sampai sebab aku sampai tu penuh dah nampak bilik tu ade yang tunggu kat luar. Aku bukan pergi sorang..aku pergi dengan Fizah kawan aku kenal masa masuk kelas KPP..takdela cuak sangat.haha.
Sesampai je fizah masuk dulu aku follow belakang.Lepas masuk tu bagi kad pengenalan pastu kene ambik gambar.Aku tak sempat nak tanya kene bayar ke tak diorang dah suruh duduk,laju buat kerja eh..haha..yelah biasa kene bayar kan RM10.Diorang tak mintak so aku pun diam jelah tak jadi tanya. haha lagipun masa kelas KPP baru ni penceramah ade mention bagi yang dah ade lesen motor dah tak perlu bayar.Mybe diorang dah tahu kot sebab tu tak mintak(dalam hati akulah).
Okay lepas ambil gambar diorang bagi nombor giliran, aku dapat nombor 37.Nombor tengah test kalau tak silap 20 kot lupa dah..so menunggulah dulu jawabnye. Sambil menunggu tu sambil aku belek soalan dalam fon.Sekarang semua dah canggih hujung jari orang katakan.Korang kalau nak jimat tak nak beli buku latihan atau tak tahu kat mana ade jual buku latihan motor/kereta tu korang jangan bimbang download je kat playstore taip
"KPP TEST MALAYSIA" banyak soalan dalam tu beratus-ratus...korang jawablah sampai hadam..hihi.
Sorang-sorang keluar dari bilik test..ada yang muka senyum,ada yang geleng kepala.Aku dah makin berdebar tengok diorang nombor giliran pun makin dekat..haa sudah..fizah dah masuk tinggal aku..omaigadd..lepas tu aku tutup soalan aku set my mind "aku redha apa jua keputusan aku dapat". Lepas tu giliran aku dipanggil masuk.Sebelum masuk kene sign dan cop jari dulu tanda hadir. Aku duduk kat station nombor 13.Ketaq tangan ni berpeluh jari weh..haha..Jawablah aku dengan redha ingat tak ingat hentam kromo je..haha..dan selesai Alhamdulillah aku lulus dengan markah 47/50
okay la tu kan.Hilang segala gemuruh.hihi dah boleh balik.by the way soalan dia sebijik sama macam soalan yang korang download tu..aku tak tipu kalau korang hadam soalan KPP TEST MALAYSIA tu konfirm korang akan lulus. Inshaallah.
Lepas selesai je test undang-undang aku kene submit result ni sekali dengan salinan kad pengenalan, salinan lesen motor(kalau ada) dan juga sekeping gambar pasport background putih di BBDA. Balik tu aku terus pergi BBDA redah hujan beb aku malas tunggu lagi dah..haha.
Selesai hantar semua tu aku tanyalah berapa lama boleh siap lesen L tu, "kakak kaunter" tu cakap kene tunggu dalam 2-3 minggu bila dah siap pejabat dia akan mesej atau call.Sementara tunggu L siap aku plan nak balik kampung dululah. tenangkan fikiran hahaha...
Alhamdulillah selesai sudah bahagian 1. Lepas lesen L dah siap baru boleh belajar bahagian II dan III. Semoga dipermudahkan urusan selepas ni. Okay setakat ini dulu bebelan aku untuk harini. Nanti aku dah test bahagian II aku update lagi okay.
bersambung......
1 comment:
Hi.. Birthday kita sama 21 Nov 🎂
Post a Comment