SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum &salam sejahtera to all reader :)


Bulan Ramadan datang lagi dan kita bersyukur masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangannya dalam keadaan yang tenang. 

Sememangnya semua orang inginkan ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian dan bukannya hati yang sentiasa risau dan resah gelisah.






Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi , dengan izin-Nya kita masih dapat bersama menikmati bulan ramadhan yang penuh bermakna ini. 

Sudah pasti semua muslimin dan muslimat takkan lepaskan peluang merebut segala aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang bulan ramadhan yang penuh berkat ini. 

Semoga kita dipanjangkan umur untuk meneruskan perjalanan mengikuti aktiviti di bulan ramadhan.

Maka, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini ambillah peluang untuk membersihkan hati agar sentiasa merasa tenang dan gembira.

Hati yang bersih sahaja yang akan menerima hidayah daripada Allah SWT, khususnya di bulan Ramadan yang disebut sebagai bulan hidayah.


Di samping itu,cuba untuk mengurangkan bercakap dan mendengar perkara-perkara yang negatif dalam bulan Ramadhan ini.

Jagalah mulut kerana terlalu banyak bercakap boleh membuat hati menjadi keras. Jangan sibuk mengata dan mengambil tahu hal orang. 

Bercakap perkara yang penting sahaja dan hindari menjadi orang yang suka bercakap besar, suka bergosip dan sebagainya.

lebih baik jika kita gantikan hal yang negatif itu dengan mengamalkan membaca al-Quran di bulan Ramadhan, memahami maksudnya dan mengamalkannya. 


Selain daripada pahalanya berganda-ganda, ia mampu menyuci dan menenangkan hati.

Apa yang jelas bulan Ramadan bukan sekadar menahan makan dan minum tetapi juga peluang membersihkan hati melalui amalan berterusan, walaupun selepas bulan Ramadan. Apabila hati bersih, hidup akan menjadi lebih tenang dan terhindar dari segala kegelisahan dan ketakutan. Alhamdulillah. 


*semoga entry kali ni memberi manfaat kepada semua pembaca blog saya, dan semoga dapat di jadikan iktibar untuk anda dan juga saya sendiri, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan sebaliknya datang dari saya sendiri*


Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat sekalian .


Sekian.







Fatin Razali,
Jun,28,14

2 comments:

Aisyah said...

Selamat Menyambut Ramadhan jugak kepada akak :D
Tak sabar-sabar nak sambut Ramadhan ni. Hee ;)

#watlek #watpis always (^_^)

Fatin Razali said...

terima kasih dik siti aisyah . akak pun tak sabar menunggu ketibaan ramadhan ni , btw tengkiu sudi singgah blog akak :)