10 adab yang kamu mungkin terlepas pandang ketika di laman sosial

Assalamualaikum readers...
petang tadi cik M pergi mall lepas tu terjumpa satu majalah kecik cute je cover dia isi dalam pun bagus..majalah Gen-Q isu 28 best sangat bace tau.. So tadi belek-belek sikit majalah ni terjumpa satu tajuk menarik dalam majalah Gen-Q ni..haa isu ni lah cik M nak share dengan engkorang...nak tahu ape tengok lah tajuk post atas tu..ok jom kita tengok dan muhasabah sama-sama..lets gooo...


1) Nama di laman sosial adakalanya tidak mencerminkan anda sebagai muslim. Nama  yang bersifat ganas, watak jahat, nakal dan sebagainya. Tidak perlu diberikan contoh anda sendiri boleh mengagaknya.

2) Gambar yang tertera pada profil anda. Adakah sopan ? Tersirat elemen yang tidak sepatutnya ? Mengundang fitnah dan cakap-cakap belakang ? Kalau ye, segera lah tukar 

3) Jangan dedahkan peribadi anda. Baru sahaja kenal sudah ceritakan segalanya termasuk hal-hal yang dianggap mencemar maruah diri dan keluarga.

4) Mudah jatuh cinta saat berkenalan lantas keluar be.rsama-sama sehingga membawa kepada mendekati zina dan dibimbangi terjebak dengan kancah cabul dan rogol.

5) Sebar aib orang lain dan menyebarkan berita -berita yang berpotensi mengeruhkan situasi.

6) Sekalipun minat dengan mana-mana artis , jagalah akhlak. Jangan menampakkan diri sebagai peminat murahan , terlalu obses dan komen yang bukan-bukan. Kadangkala kita menutup aurat tetapi keaiban diri kita terdedah. Fikirkanlah !

7) Memuat naik gambar tidak senonoh dan aksi mesra tanpa ikatan yang sah. Rakan-rakan pula like , tidak cukup dengan itu ditambah dengan pujian pada pasangan yang belum ada apa-apa ikatan. Secara tidak langsung kita memuji maksiat yang dilakukan. BERHATI-HATI !

8) Anda terlalu leka dengan gadget anda. Tetamu yang datang ke rumah anda pun tidak mesra di layan.


9) Akhlak dengan ahli keluarga merosot. Masing-masing mencari ruang sendiri dan sibuk berkomunikasi dengan orang yang tidak wujud di depan mata.

10) Wujud persaingan yang negatif hanya disebabkan gadget. Contohnya Instagram. Masing-masing berlumba untuk menunjukkan kelebihan diri, beli barang baru, pergi melancong, dating dan sebagainya. Setiap perkara kita lakukan jaga akhlak dan niat.


alhamdulillah...sekadar perkongsian di malam hari.. yang baik datang dari Allah dan yang brk datang dari cik M sendiri,,semoga post ni membawa manfaat kepada semua dan marilah sama-sama kita muhasabah diri kita..selamat malam..assalamualaikum..

2 comments:

Niena Reen said...

Betul juga tu. Kadang2 kita terlupa seketika adab2 yang perlu kita jaga bila berada di laman sosial.. Moga kita dijauhkan daripada perkara mungkar.. :)

mila said...

Btl tu.setuju.